Friday, February 2, 2007

Antenna TV UHF 16 Elemen


Antenna ini agak berkuasa sedikit kerana ianya mempunyai banyak elemen. Sekiranya ia disertakan dengan booster (penguat isyarat TV) dan dihalakan ke Medan, Indonesia (bagi penduduk utara Malaysia), anda boleh menerima lima saluran TV swasta dari sana iaitu INDOSIAR (CH 23), TPI (CH 25), ANTEVE (CH 29), RCTI (CH 33) dan SCTV (CH 35). Untuk penduduk selatan Malaysia, cuba halakan antenna ini ke Pulau Batam.

Ukuran (dalam cm)
Panjang elemen A = 14.3 Jarak AB = 8.6
Panjang elemen B = 14.3 Jarak BC = 8.6
Panjang elemen C = 15.2 Jarak CD = 9
Panjang elemen D = 15.2 Jarak DE = 9
Panjang elemen E = 16.1 Jarak EF = 9
Panjang elemen F = 16.1 Jarak FG = 9.5
Panjang elemen G = 16.6 Jarak GH = 9.5
Panjang elemen H = 16.6 Jarak HI = 9.5
Panjang elemen I = 18 Jarak IJ = 9.5
Panjang elemen J = 18 Jarak JK = 10.5
Panjang elemen K = 19 Jarak KL = 10.5
Panjang elemen L = 19 Jarak LM = 10.5
Panjang elemen M = 19 Jarak MN = 8.6
Panjang elemen N = 20 Jarak NO = 7.6
Panjang elemen O = 23.76 Jarak OP = 14.3
Panjang elemen P = 26.6

Sambungkan kabel antenna pada skru X dan Y.
Oleh kerana antenna ini agak berat sedikit, maka tiangnya mestilah diletakkan pada sokongan yang dibuat seperti dalam gambarajah iaitu pada titik Z.

No comments: